1. GO AUTOMOBILE MANUFACTURING SDN BHD

 

Setelah menerima lesen pengilangan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama dari MITI, Go AutoMobile Manufacturing Sdn Bhd bermula dengan pengeluaran Haval H1 (sebelum ini dikenali sebagai GMW M4) dan fokuskan Mobiliti Elektrik dengan kerjasama teknikal dalam membangunkan kemudahan Penyelidikan dan Pembangunan untuk komponen sistem EV dan kemudahan pengeluaran untuk bas, trak, teksi, kereta penumpang dan motosikal.

Link ke Website Go AutoMobile Manufacturing Sdn Bhd

 

 

2. HIGER BUS COMPANY LIMITED

Higer Bus Company Limited, juga dikenali sebagai Higer Bus, adalah pengeluar bas terkemuka di China dengan 300+ model bas & koc yang berbeza dari 5-18 meter panjang, kenderaan komersial / pelancongan dan pickup yang unitnya boleh didapati di lebih 100 negara dan wilayah di Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika, Rusia, Eropah Timur dan Amerika. 

Link ke Website Higer Bus Company Limited

 

 

3. HAVAL

Haval adalah jenama SUV profesional baru Great Wall Motor Company Limited (GWM) yang meliputi produk SUV merentasi pelbagai negara. Di China, SUV Haval menduduki tangga ke-1 dalam jumlah jualan selama 12 tahun berturut-turut. Pada 2014 Haval menjual 429,000 unit di China, naik 53 peratus tahun ke tahun. 

Link ke Website Haval

 

 

4. INTEGRASI GLOBAL SDN BHD

       

Integrasi Global Sdn Bhd adalah syarikat pengeluar produk-produk kesihatan dan kosmetik yang bertapak di Shah Alam. Integrasi Global telah mengeluarkan produk-produk kesihatan seperti Sireh Emas dan produk kecantikan Aiyuna Beauty Skincare. Produk-produk ini telah menembusi pasaran Malaysia, Indonesia dan Kemboja. Produk ini mendapat pengiktirafan antarabangsa dari German Accreditation Body (DAkkS), Good Manufacturing Practice (GMP), International Accreditation Forum (IAF),  RoyalCert International Registrars, mendapat kelulusan daripada SIRIM dan semestinya Halal.

 

5. TOUCH 'N GO SDN BHD

Touch 'n Go Sdn Bhd (TNGSB) menyediakan cara pembayaran melalui kad e-pembayaran prabayar yang dipanggil kad Touch' n Go. Dengan kad ini pengguna dapat melakukan transaksi bernilai rendah tanpa tunai dengan mudah. Sekali gus membuang keperluan untuk membawa duit tunai.

Link ke Website Touch 'n Go

 

6. REPSOL S.A

Repsol S.A merupakan syarikat tenaga global yang bertapak di Madrid, Spanyol. Syarikat ini menjalankan pelbagai jenis perniagaan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Sehinggah hari ini, syarikat ini mempunyai lebih dari 24,000 orang pekerja. Repsol juga merupakan sebuah syarikat yang aktif dalam perlumbaan F1 dan Grand Pric. Sebagai sebuah syarikat yang beroperasi secara besar-besaran dalam industri minyak dan gas, syarikat ini juga aktif dalam bidang penerokaan dan pengeluaran, penapisan, pengedaran dan pemasaran, petrokimia, penjanaan kuasa dan perdagangan.

 

7. FUKUTA

Ditubuhkan pada tahun 1988, merupakan sebuah syarikat pengeluar motor eltrik yang digunakan di dalam kenderaan elektrik seperti kereta elektrik Tesla dan kenderaan elektrik keluaran Go Auto. Fukuta telah menandatangani satu perjanjian kerjasama bersama Go Auto dan tertubuhnya syarikat Go Fukuta yang merupakan rakan kongsi kepada Angkasago.com

 

8. BORGWARD

Borgward Group AG merupakan syarikan automotif international yang berasal dari German dan ditubuhkan pada May 2008. Sebagai salah sebuah syarikat yang mengeluarkan kenderaan SUV yang berkonsepkan teknologi German, 75,000 buah unit kenderaan dijual sehingga Januari 2018 dan telah melebarkan sayapnya ke China, Russia, India, Brazil, Mexico dan sekarang ke Malaysia. Di masa hadapan, Borgward akan mengeluarkan kenderaan elektrik miliknya sendiri di mana akan dipasarkan ke seluruh dunia.

Image result for DAFTAR SEKARANG GIF